Monday, September 1, 2008

Merdeka 2008!!!!



Hari ni merupakan hari yang bersejarah di Malaysia. Sebabnya, sudah genap 51 tahun kita mencapai kemerdekaan. Merungkai kembali sejarah, sudah bertahun2 negara dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali kepada Inggeris semula (kesan penjajahan tu korang boleh tgk kat tempat seperti Melaka dan Kuala Kangsar). Apabila menyedari kuasa sultan terjejas, dan juga hak istimewa orang Melayu terpaksa dikongsi dengan yg lain, maka Malayan Union ditibuhkan pada 1946. British kemudiannya bertindak membatalkan Malayan Union, dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1955, satu pilihanraya umum diadakan dan kemenangan berpihak kepada Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. Pemerintahan demokrasi berparlimen telah dibentuk. Parti Perikatan bertindak mengemukakan manifesto kepada British untuk mendapatkan kemerdekaan. Akhirnya, kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya. Nama MALAYSIA diwujudkan 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura (telah menarik diri), Sabah dan Sarawak...~~~Serba sedikit informasi pasal kemerdekaan.

Namun apa yang menarik minat aku ialah iklan Petronas (video di atas). Mengisahkan ayah Aiman yang penuh dengan sifat kasih sayang, tanggungjawab, dan pengorbanan untuk menjadi ayah yang terbaik. Best jadi Aiman...

Sekian...

No comments: