Tuesday, October 13, 2009

Marking paper

Sekarang dah pukul 11.33pm. Mata rasa berat, kuyu, ngantuk... Selalunya time macam ni aku da tido. Pukul 10 dah tido. hahaha.... Awal kan. memang kena tido awal sebab sok nak skol. Kalau tak mesti tetido kat skol. Dalam seminggu ni tugas rasmi aku ialah marking paper...marking paper...marking paper. Selagi tak abis, selagi itu la aku mengadap benda ni. Bersengkang mata nak siapkan 300 semua. Nak siapkan cepat. Boleh punya la. Berusaha...berusaha.... ^_^

..............................................................

Monday, September 14, 2009

Saya pengapit??

Harap belum terlewat untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Nadya dan Amin (walaupun mmg dah trlmbt). Semoga berjaya menempuh alam rumah tangga yang banyak dugaan. Majlis kat rumah perempuan berlangsung di Rawang bertemakan rona kuning + cream. Kat rumah laki pulak baju biru turquoise. Sangat sweet. Dan thanks buat kalian berdua sbb pilih aku jadi pengapit. Aku sgt teruja. Hehehehe... Jadi pengapit pun nervous dowh.



Buat Nadya dan Amin, hope all ur wish bcme reality, happy till the end.

Sunday, September 13, 2009

Berbuka Puasa



Kelmarin berbuka puasa bersama geng ICT kat Flaming Steamboat. (gambar oleh kamila)




p/s: tak payah nak marah2 bila ada web amik gambar kau utk di upload. kau pun amik gambar org utk sample advertisement kan. so faham2 je ok!

Saturday, August 22, 2009

Status baru : Teacher Irwani

Ramai yang belum tau sekarang aku dah jadi cikgu gstt. Kalau diikutkan da dekat 2 minggu. 10 Ogos hari tu mula lapor diri kat Methodist Boys School. Rupanya kalau sekolah semua lelaki ni sangat la hiperactive. Member2 pun cakap "habis la you ajar sekolah tu". Haha. Nasib baik la disiplin agak bagus. Dalam kelas pulak tak boleh cakap pelahan2. Kena kuat2 baru student nak dengar cakap.

Aku dapat jadi guru kelas 1O. Huh.. Banyak kerja yang tak update lagi nampaknya bila aku take over kerja tu. Kelas tu memang baik. Enjoy jugak mengajar. Lagipun form 1 masih macam budak2 lagi, suka mengadu kalau apa2. "Teacher, my pants is wet." "Teacher, he take my ruler." Teacher, dia buli saya." Teacher, i lost my book." Macam2 lagi la. Kat sekolah tu, aku ajar Maths, Sivik, Moral, dan PJK. Nasib baik dapat yang senang2 je. Heheh.

Minggu ni banyak sangat meeting so kena stay back sampai petang. Shouldnt be a problem coz position before this balik lmbt kat Maybank dulu. Awal2 pun jam 6 lebih. Sekarang selalu kalau takde ape jam 3 dah balik.

Nanti aku cite lagi. Hari ni hari pertama puasa dan aku dapat cuti 10 hari. Yeahhh cuti sekolah babe!!!!!
Selamat berpuasa, selamat berbuka nanti.
Peace

Thursday, June 25, 2009

Dia Dan Kediamanku (Part 2)


Sebenarnya...

...ada banyak benda
yang terbuku dihatiku ini.

Nak jumpa kamu selalu.
Aku tak mampu ucapkan kata-kata semangat
atau tulis kata-kata cinta.

Kerana aku hanyalah aku
Tetapi aku adalah temanmu

Dan...

...kalau kau gembira,
senyumlah.

kerana melihat
kau gembira...

...sudah cukup
membuatku
turut merasainya

Dan...
aku akan selalu tunggu kau
di sini

"dia dan kediamanku" -TAAMO-

Thursday, May 14, 2009

"I'm officially graduated!!!"

ALOHA!!!
Dan kini aku dah bersedia nak upload gambar2 konvo. Konvokesyen ni berlangsung pada 29 March 2009. Yerp!! Betul dah sebulan lebih berlalu. Bukan tak sempat nak upload atau busy atau malas, cuma tak rajin. hehehe.... Rasa rindu sgt kat kampus. Mungkin sebab dah lama tinggalkan dy. Lagipun jauh kat sempadan utara kat hutan tu. Tapi kat situ la masa paling best. Student lyfe la kan...
Alhamdulillah... finally dapat jugak degree ni. Setelah berusaha dengan sungguh2. Fuhh... Thanks kpd ibu, semua famili dan semua orang yang byk membantu. Nanti ada rezeki lebih InsyaAllah nak cont Master. Doakan...

Event : Majlis Konvokesyen UUM
Date : 28 - 31 March 2009
Venue : UUM sintok
Photo by Isham


Cover Album


Persiapan


My beloved mom...


Ladies :)


Uncle & Aunty


Teman2



Rumettt!!!


Aku ngn Raihan...


ermm..


Sekian...

Monday, February 23, 2009

Dia Dan Kediamanku

Dan...

...kalau kau gembira,
senyumlah.

Kerana melihat
kau gembira...

...sudah cukup
untuk membuat aku
turut gembira.

"dia dan kediamanku" -TAAMO-

Sunday, February 15, 2009

CHERITA....

Hye guys..
Dah lama tak post entry baru. Been very busy lately. Ni pun ada masa free kat rumah. Semalam alik ipoh. Best dapat jumpa famili lagipun dah lama tak alik. Tapi dapat balik kejap je la, arini dah ke kL semula. Takpe2... Minggu depan balik lagi...hehe..

Perasan tak blog ni dah ade header baru??...
Ok tak??
hehe
thanks buat incik Fye....
nti saya blanje victoria :p

Sunday, January 25, 2009

Saye dapat JOB!!!

oHH Yes… the title is true. I got a job as a financial exe. in a Maybank. And glad I was taken by Ampang Park branch. Last Friday, baru pergi amik offer letter. Alhamdulillah dapat sebab masa interview a week before, masa tu tengah demam. Dah la ni first interview. The thing is aku dah buat yang terbaik. Bestnye… :)
So from now aku dah bertukar career. Before this I was a “Baby Sitter” of my niece and nephew. Huhu… Bukan la jaga betul-betul, cuma tengok-tengokkan je. Selain Pkck, Aiman dan Alisya, ade lagi 2 lagi tambahan baby iaitu Zarif dan Arfan.


Zarif




Arfan kecik aje... Dy baru seminggu usia. :)


Tak sabar nak tunggu rabu ni untuk start kerja...wee~

Saturday, January 24, 2009

CAREER FAIRS.

Untuk bulan ni saje aku dah pergi 2 CAREER FAIR. Yang first YOUTH’09 kat PWTC (9-11 Jan). But actually ni bukan pasal career saje tapi banyak sangat aktiviti belia macam taLk sHow, FutsaL, baNd, GraFFiti, iNdie fasHion, photography dll. Huhu… Kesimpulannya, pencarian kerja tak berjaya sebab benda lain lagi enjoy. Hehe...


The next one is JobStreet.com MCTF'09 kat MiD VALLEY (16-18 Jan). This is the real CAREER FAIR. Yang ni best sebab banyak sangat company. MNC pun menarik. Banyak vacancy yang ditawarkan. Tak kira la dari kos business ke, marketing, acc/finance, admin, art, IT, engineering, F&B, manufac…huh banyak lagi laa... memang best. Tapi tak jumpe pulak shipping. kalau ade lagi best. Cumanya masa tu crowded sangat. Nak jalan pun susah. :)

zaza and me (,")(",)
she's my best friends..xoxo

Monday, January 12, 2009

Gincu Pembunuh

Wanita menggunakan gincu untuk lebih cantik dan berseri. Namun ada yang mengatakan gincu boleh membunuh. Betul ke?? Tadi pagi aku ada baca pasal ni kat BERITA HARIAN:



Pengguna perlu waspada bahan boleh sebabkan barah

GINCU yang dibeli tampak cantik apabila dicalit pada bibir, tetapi selepas beberapa kali menggunakanya anda mendapati bibir menjadi kering dan paling membimbangkan apabila bibir bertukar menjadi gelap dan tidak berseri lantas mengingatkan anda mengenai kandungan e-mel yang diterima mengenai 'gincu pembunuh'.

E-mel itu mendakwa beberapa kajian dilakukan di Barat mendapati sesetengah gincu yang berada di pasaran dunia tidak selamat digunakan kerana mengandungi bahan kimia seperti plumbum yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan termasuk barah kepada pengguna. Jika kajian itu benar, pasti ia berita yang membimbangkan bagi wanita kerana boleh dikatakan sebahagian besar masa anda akan tampil mengenakan gincu di bibir.



Bahaya plumbum dalam gincu

HEBAT atau tidak fungsi gincu, dengan hanya secalit sapuan nipis pada bibir, penampilan anda boleh berubah. Justeru, sama ada diperakui atau tidak, gincu adalah sahabat akrab wanita dan fungsinya dalam menambah seri wajah seseorang sememangnya tidak boleh dinafikan.

Malah, selaras dengan perkembangan teknologi, pelbagai jenis gincu daripada jenama antarabangsa membanjiri dunia. Ada yang memilih gincu kerana jenamanya yang gah dan ada pula yang meletakkan kriteria dengan memberi keutamaan kandungan dalam gincu, sama ada baik untuk kesihatan bibir atau sekadar bahan yang mencantikkan. Tetapi jika anda pengguna yang bijak semua itu wajar diambilkira sebelum anda membeli gincu.

Ada pihak mendakwa beberapa jenama gincu yang berada di pasaran mengandungi plumbum. Bahan kimia plumbum yang dikatakan boleh menyebabkan barah, namun sehingga ke hari ini tiada bukti kukuh mengenai wujudnya kandungan plumbum di dalam gincu.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nik Idris Nik Yusoff, berkata berdasarkan had standard pengawalan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), plumbum tidak dibenarkan digunakan di dalam pembuatan sebarang produk kosmetik termasuk gincu, tetapi andai kata bahan kimia berkenaan dikesan di dalam gincu, ia mungkin berpunca daripada plumbum yang wujud dalam persekitaran.



“Plumbum adalah bahan yang boleh berada di mana-mana saja. Ia mungkin ada di dalam udara yang kita sedut atau asap yang dikeluarkan kenderaan. Justeru, ia boleh hinggap pada gincu yang dibuka ketika ingin digunakan.

“Malah, tidak mustahil dikatakan plumbum pernah wujud dalam pewarna yang digunakan dalam pembuatan gincu pada suatu ketika dulu. Ada pelbagai kemungkinan sebenarnya bagaimana plumbum boleh berada di dalam kandungan gincu,” katanya ketika ditemui di UKM, baru-baru ini.

Beliau berkata, plumbum adalah sejenis logam bersifat neurotoksin yang kekal apabila berada di dalam badan manusia dan tidak boleh dihapuskan, justeru jika ia wujud dalam jumlah yang banyak, kemudaratan akan berlaku kepada sistem badan.

Ada pihak yang mendakwa gincu yang mengandungi plumbum boleh dikenalpasti dengan satu ujian mudah, iaitu jika ia bertahan lama di bibir, besar kemungkinan gincu berkenaan mengandungi plumbum. Kaedah lain pula ialah sapukan sedikit gincu ke bahagian tapak tangan anda. Gunakan cincin emas untuk menggosok bahagian tapak tangan yang disapu dengan gincu. Jika warna gincu bertukar kepada hitam, ia mengesahkan bahawa bahan kimia berbahaya itu ada di dalam gincu anda.

Begitupun, Dr Nik Idris berkata, sehingga kini beliau tidak menemui sebarang fakta sahih yang menyatakan plumbum terdapat di dalam gincu, sementelahan pula setiap bahan dalam produk kosmetik yang diimport lazimnya mendapat kelulusan daripada FDA.

Dr Nik Idris berkata, sekiranya wujud kandungan plumbum dalam gincu sekalipun, kepekatan yang dibenarkan teramat sedikit iaitu 0.1 ppm atau 0.1 bahagian per juta dan tidak mungkin mendatangkan keburukan kepada pemakainya melainkan jika plumbum berkenaan terlalu banyak, barulah akan menyebabkan kemudaratan.

“Kita mengetahui gincu diperbuat daripada lilin yang dibenarkan, minyak dan emolien. Lilin itu merujuk kepada lilin lebah ((beeswax) atau lilin pokok Brazil, minyak pula adalah minyak zaitun, minyak mineral, minyak jarak, cocoa butter, lanolin, petrolatum dan bahan pewarna. Semua bahan ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

“Kebelakangan ini pula, bahan seperti pelembap, vitamin E, aloe vera, kolagen, asid amino dan bahan pelindung cahaya matahari diadun di dalam gincu bagi memberi lebih fungsi dan perlindungan kepada pengguna. Bahan berkenaan akan membuatkan pemakai mendapat lebih banyak manfaat untuk bibir mereka,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai bahan kimia berbahaya dalam alat kosmetik hangat diperkatakan dan sering dibahaskan khususnya di ruang sembang di internet. Sejauh mana kebenarannya, tiada siapa yang tahu kerana tiada kajian yang benar-benar tampil menunjukkan bukti mengenai kehadiran plumbum dalam gincu tertentu kecuali sedikit dakwaan atau kenyataan plumbum pernah wujud dalam kepekatan dua hingga empat kali nilai yang dibenarkan FDA. Mungkin juga berita yang mendakwa gincu jenama tertentu mempunyai kandungan plumbum berbahaya disebarkan bagi mensabotaj jenama terbabit ataupun benar wujud dalam produk awal, tetapi sudah ditarik balik dari pasaran.

Begitu pun, bagi mengembalikan kepercayaan pengguna dan mungkin juga strategi jualan beberapa jenama kini tampil dengan kempen promosi yang menyatakan produk mereka tidak mengandungi atau bebas plumbum. Apa yang penting, sebagai pengguna, jadilah pengguna yang bijak dan ketahui apa kandungan bahan dalam produk yang anda beli.



INFO: Gincu

# Pada zaman sebelum merdeka, ada kisah dicatatkan wanita menggunakan kertas berwarna merah yang digunakan untuk membuat gubahan bagi mewarnakan bibir mereka.

# Menyapu madu ke bibir boleh menyihatkan bibir. Apabila bibir sihat, ia akan kelihatan warna merah jambu secara semula jadi dan anda tidak perlu menggunakan gincu berlebihan untuk mencantikkan bibir.

# Halia juga pernah dijadikan bahan pemerah bibir secara semula jadi.

Sunday, January 4, 2009

THE NEW CHAPTER OF 2009

A new year has come, leaving the 2008. Yay!!! I will older 1 than last year. oH yea, today is my mom's birthday.. Yes, she was born at 1st January. Hehe... :) Happy Birthday Ibu!! But i cant spend tyme with her coz i was in kL. :( ...miss her...

ibu saya

Holiday!!..means no training for today. I went to Sg Tekali (my friend mention Sg Tekala) with my friends. They want to make a photoshoot. Before we reach the waterfall, there are small river, trees, lake, hill and all the beautiful scene.


As usual, for the new year i have some 'azam' that i want to accomplish. Some of that are bring forward from the last years. Hahaha..
- Be a good daugHter, of coz...
- find a JOB!!! huhu suda lama aku bercuti..
- take care of my health...tido cukup, mkn, bersenam, mkn, jog...
- tak mau sedey2
- i want to meet a lot of friends... (,")(",)

AND...the most important things...
i waNt to frgT tHe past aNd livE in tHis beautifuL prEseNt!!!!